Monday 6 July 2009

menangani teguran...

TEGURAN...

satu perkataan yang sangat tidak enak apabila diterima, dan tidak mudah untuk memberi...

kadangkala hati ini cuba sentiasa bersangka baik sebagaimana emak selalu berpesan pada aku...

"jangan mudah membuat andaian..."

"jangan mudah terasa hati..."

"jangan mudah marah..."

"banyak-banyakkan bersabar..."

"istighfar banyak-banyak biar sejuk rasa hati..."

bila tinggal berjauhan dengan emak, kata-katanya boleh membuat airmata bergenang...

kadang-kadang aku berjaya akur...dan kadang-kadang aku tewas...

jika perkara yang sama, yang salah dilakukan sekali, dua kali, hati ini mungkin masih boleh menerima...tetapi sekiranya dilakukan berulang kali, aku bukan malaikat...iman aku tidak setebal nabi, ketakwaan aku tidak seteguh rasul dan kesabaran aku tidak sekuat serikandi islam...

sebagai ketua dan kakak, aku perlu menegurnya...aku tidak mahu sekiranya aku berhenti kelak, dan ada orang lain menggantikan aku, mereka akan mempunyai tanggapan yang buruk pada adik-adikku...aku tidak mahu di akhirat kelak aku membuatkan suami aku tertunggu-tunggu...tertunggu-tunggu kerana aku sedang disoal-jawab kerana tidak menegur kesalahan adik-adikku...

aku tidak mahu mereka berfikir bahawa aku tidak pernah menegur adik-adikku...cuma kadang-kadang jiwa muda mereka tidak dapat menerima perubahan yang ingin aku terapkan...

bukan mudah menjadi seorang ketua dan seorang kakak...setiap tingkah-laku, tutur kata sentiasa diperhatikan...tapi aku cuba melakukan yang terbaik...

tidak mengapalah sekiranya mereka tidak dapat menerima cara aku bekerja...semoga mereka akan diberikan ketua yang lebih memahami dan tidak kisah dengan perkara-perkara di sekeliling...mungkin di masa akan datang, apabila mereka berada di tempat aku, mereka akan sedar kemaslahatannya...

yang aku harapkan mereka akan berjaya dalam kerjaya dan sebagai pemimpin...tidak kisahlah pemimpin di pejabat, keluarga, atau negara...yang paling utama adalah menjadi pemimpin terhadap diri sendiri...

aku minta maaf sekiranya selama ini aku membuat orang-orang di sekeliling aku berasa hati atau terganggu dengan teguran dan nasihat yang aku berikan...

No comments:

Post a Comment