Monday 14 December 2009

Saturday 12 December 2009

Rehan's Family Photo Album...

alala haziqah...manja2 gitu dgn ibu...

ibu...nape tinggalkan haziqah sorang2 kat sini ni....

huwaaa...gigit haziqah...

selesai gambar ni diambil, bibikku telah kasi potong pokok ni tanpa sbrg arahan,huwaa...

sehati berdansa bersama Haziqah...

Haziqah ngan ibu,sama cantik kan...

ololorrr...kesian anak ibu poloh-poloh...

Haziqah berkebun kt umah antie pulie...

ayah,ibu...meow ni nk kiss Haziqah...

ibu,angkat tinggi lagi! Haziqah nk petik durian ni...

"lihat jauh nun di sana...lalalalaaa...."
heheheee...first time buat sesi fotografi untuk family album...
memule mcm x confident gak,tp pikir2 same je kejenyer...
sesi ni berjalan dengan mudah sebab ibu,ayah,haziqah msg2 pandai bergaya...
lagi-lagi ibu ngan haziqah, dh mcm model jek!
nasib baik masa sesi ni, haziqah belum mengantok,siap joget2 gitu!
tapi selesai jek bergambar,haziqah pun mule meragam.
bukan senang sebenarnye nk merakam gambar baby ni.
kena banyak mengagah dan sabar menunggu,hehehee...
tapi puas hati kalau tengok hasilnye.
tapi tak taulah apa pandangan sifoo saye,En Noorsham,hehehehe...

Tuesday 8 December 2009

Majlis walimah adik ipar...

nasib sempat amik gmbr bangau ni...

suka sgt gambar ayam ni...sporting ayam ni,puas snap sbb ayam ni stay je...

macho tak adik2 depan ni...our prop for day...


dh puas shooting, pengantin pon dh penat...

macam bodyguard kan...?

amboi,amboi...! manja-manja gitu!

aiyoo...pengantin main mercun ke???

berarak ke rumah pengantin lelaki...


pakcik pun nk join jugak bergambor...

Jalan-jalan ke Bagan Serai...

21 November 2009 kami bertolak menaiki kenderaan rasmi family mertua (UNSER kesayanganku...) ke Bagan Serai yang memakan masa hampir 6 jam...kami bertolak agak kelewatan sedikit dan ditambah beberapa masalah dan kesukaran...

Dalam perjalanan kami berhenti sebentar di RnR Tapah untuk meluruskan pinggang dan menyegarkan badan. Namun suasana sedikit suram memandangkan kami menempuh perjalanan dalam keadaan hujan.

Setibanya di Taiping, kami ditumpangkan di rumah homestay yang telah disewakan oleh adik iparku. Rumahnya besar dan selesa untuk penginapan satu keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.

Ahad, agak kelewatan sedikit dari masa yang dijanjikan kami bergerak ke kampung pengantin lelaki di Bagan Serai, Parit Mentara 3... terasa mendamaikan apabila melalui jalan yang dikelilingi sawah padi menghijau...
Walaupun keadaan perkampungan kelihatan agak usang, namun terasa seronok dapat melakukan penggambaran pasangan pengantin di sawah bendang ini...

Sunday 4 October 2009

Syawal 1430H...2009

adoi,nenek...zahran penat layan tetamu ni...

"Selamat Hari Raya dari Shuriddin n Co...."

main mercun kecoh malam raya....



Thursday 3 September 2009

Salam Perpisahan...

Salam perpisahan...
satu ungkapan yang cukup aku tidak gemari semenjak bersekolah rendah...
mempunyai bapa yang bekerja kerajaan, membuatkan kami sentiasa berpindah randah...

pergi ke suatu tempat baru memang menggembirakan...
namun mengenangkan apa yang ditinggalkan, hati sayu, sedih dan pilu...

sekali lagi aku mengulangi detik-detik duka itu...

dan buat masa ini yang hanya mampu kuluahkan, hanya linangan air mata...

Thursday 6 August 2009

adikku tokey kerepek...


pada suatu petang, sedang aku berbaring-baring merehatkan diri, aku mendapat satu panggilan telefon dari abah.


setelah bertanya khabar, abah memberitahu ingin menyampaikan satu perkara...


aku menjadi berdebar, apakah perkara yang ingin disampaikan setelah aku terkesan kegugupan di suara abah...


dengan tergugup-gugup, abah memberitahu adikku yang menuntut di UiTM Arau telah menerima slip keputusan peperiksaan.


sudah tentu aku tidak sabar kerana aku selalu memikirkan kesesuaian adik dengan kos Diploma Perladangan yang diambil. walaupun dapat kulihat adik seronok dan serasi dengan kos tersebut, tapi aku masih tidak dapat menghilangkan kerisauanku dan selalu juga menelefon bertanya khabar..


namun bergenang airmata sejurus diberitahu status DIBERHENTIKAN yang tertera dalam slip tersebut.


buat pertama kalinya aku tahu adik menangis, menangis di atas kegagalannya...


abah masih mampu ketawa dan bergurau dalam melahirkan kekesalannya terhadap keputusan tersebut, namun aku tahu sesungguhnya abah merasa amat kecewa, malu , terkilan dan juga sedih seperti aku...


dan aku terus-terusan menangis setelah talian dimatikan...ku telefon suamiku dalam keadaan tersedu-sedu...perasaan sedih yang teramat sangat...


aku tahu adik amat meminati kos tersebut, suasana pembelajaran, kawan-kawan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, tetapi aku tidak tahu di manakah sumbangnya langkah, adik tersungkur...


pulang semulake kampung, adik nekad tidak mahu lagi meneruskan pengajiannya walau di mana-mana...


tapi, pekerjaan apakah yang mampu dilakukan jika ilmu tiada di dalam dada???


setelah mendapat rakan kongsi, sepupu kami, adik memulakan langkahnya...


segala-galanya tercatat seperti keratan akhbar di bawah...



www.sinarharian.com/ akhbar SINAR HARIAN/ 06 OGOS 2009/ m/s 17



Lambang kegigihan dua saudara


“Dengan hasrat mahu berbakti, saya dengan sepupu, Mahalil Shuriddin, 19, menubuhkan Feez Food Industries, memasarkan pelbagai kerepek dan biskut yang dihasilkan penduduk kampung ini dan mengambil mereka sebagai pekerja.” Begitulah kata-kata pembuka bicara, Mohammad Fiqri Jalaluddin, 21, ketika ditanya bagaimana beliau memulakan perniagaan sebagai pengeluar dan pemborong makanan ringan di Lot 846, Jalan Masjid, Kanchong Darat, Banting.


Menariknya, kedua-dua anak muda ini mengendalikan perniagaan tanpa sebarang pengalaman dalam bidang keusahawanan. Namun mereka percaya kesungguhan dan kegigihan akan membawa Feez Food Industries bersaing dengan perusahaan makanan ringan lain di kawasan itu.


Atas usaha dan galakan daripada abang sepupunya, Hafez Shuriddin, mereka yakin mampu meletakkan Feez Food Industries sebagai pengedar makanan ringan utama di daerah Kuala Langat dan Lembah Klang. “Abang Hafez banyak membantu dan memberi nasihat untuk pastikan produk berkualiti dapat diterima pelanggan. “Beliau juga seorang ahli perniagaan berjaya pada usia muda, membimbing kami dalam urusan seharian menguruskan syarikat dan meneroka pasaran baru,” katanya.


Menurutnya, Feez Food Industries turut menjual satar dan keropok lekor, jeli dan kuih tradisional. Walaupun menghadapi saingan sengit dengan pengusaha makanan ringan lain, Mohammad Fiqri menerima cabaran tersebut sebagai persaingan sihat.


“Memulakan operasi perniagaan di kawasan Banting yang juga merupakan lubuk utama industri makanan ringan memerlukan semangat dan kesungguhan yang tegar. “Ini kerana kami sentiasa berdepan dengan persaingan yang dekat dalam memastikan setiap produk dikeluarkan dengan berkualiti, di samping peningkatan kuantiti. Paling penting, kepuasan pelanggan sentiasa dijaga. “Memilih untuk menjadikan kerepek pisang tanduk sebagai teras utama dalam keluaran syarikat di samping tidak mengetepikan keluaran kebanyakannya seperti kerepek ubi kayu dalam pelbagai perasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui baru-baru ini.


Menurutnya, mereka memulakan perniagaan tanpa mendapatkan bantuan daripada mana-mana institusi kewangan kerana serik berhadapan dengan karenah birokrasi.


Katanya, permintaan akan sentiasa bertambah pada musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. “Kami akan memanjangkan masa operasi yang biasanya dari jam 8 pagi hingga 6 petang kepada 10 malam berikutan kepada permintaan yang tinggi.


“Buruh daripada kalangan penduduk tempatan terpaksa ditambah di bahagian pembungkusan dan operasi bagi menampung permintaan yang tinggi dan mendadak,” katanya. Ditanya mengenai penggunaan buruh tempatan, beliau memberitahu pemilihan ini berikutan menaikkan tahap ekonomi masyarakat kampung sendiri dengan berpegang kepada pesan bapanya: Jangan dilupakan penduduk sekitar jika sudah berjaya.


“Berpegang kepada pesanan bapa itulah saya lebih senang menggunakan buruh tempatan di samping berbakti kepada kampung halaman sendiri. “Buruh tempatan lebih mudah berinteraksi berbanding tenaga luar, dan komunikasi lebih berkesan dalam membincangkan sesuatu idea dan masalah. Mereka juga telah mahir dan terlatih sesuai dengan industri kami jalankan hari ini,” katanya.


Buat masa ini, Feez Food Industries memberikan tumpuan pasaran ke seluruh pasar raya dan kedai di seluruh Banting sebelum melebarkan pasaran seluruh Lembah Klang. “Kami juga sedang menambah baik keluaran termasuk pembungkusan dan penjenamaan agar produk kami dapat dipasarkan ke luar negara kelak. “Pendekatan bekerja bersama-sama bukanlah pekerja dan majikan adalah kunci kami yang agak muda ini menguruskan pekerja yang kebanyakannya lebih berusia. "Ini yang dijadikan pedoman agar dihormati dan memudahkan operasi pengeluaran," katanya.


Sebagai Pegawai Operasi Feez Food Industries, Mahalil pula berkata, tempahan untuk musim perayaan juga sudah boleh dilakukan segera bagi mengelakkan kelewatan penghantaran. “Amalan yang dilakukan ini menyebabkan keluaran syarikat menjadi lebih kualiti apabila pekerja rasa senang bekerja dengan kita," katanya.


Menyifatkan perniagaannya masih hijau kerana baru beroperasi secara serius, Mahalil mahu meletakkan Feez Food Industries sebaris dengan jenama produk yang telah popular. “Jenama popular mungkin laris dan dikenali kerana pelaburan mereka dalam iklan, namun saya bertekad, tanpa iklan pun produk di bawah label Feez Food Industriess pun memikat selera masyarakat.


"Kami bersaing secara sihat tetapi untuk lebih menonjol, produk yang dipasarkan mestilah berkualiti tinggi," katanya yang boleh dihubungi menerusi talian 0133131871/ 0192606009

Sunday 2 August 2009

pengangkutanku...

mana satu pengangkutan rasmi aku...?

lagi jimat naik beskal kan...?



dua bulan pertama kerja di UiTM baru dapat gaji...
mase tu gaji kecik lagi.
tapi, aku dh target nk kena beli keta...
memula aku lebih prefer naik bas jer.
umah aku ngan uitm dekat sgt. dan juga jimat.
tapi keje di HEP aku selalu balik lambat.
malam-malam nk tunggu bas depan hep tu serem plak...
so, dapat gaji je aku terus amik Wira Aeroback...
sebenornye abah yg nak sangat aku amik keta ni....
ikut target aku nk Iswara jer...
aku kan anak solehah, so kuturutkan jua...
WKB 4691, akhirnya aku selesa dengan harta pertama aku paling mahal...
bila pindah JB, aku jarang sgt guna keta...
so, keta tu aku minta adik ipar tolong sambung bayar...
seminggu lepas dia amik keta tu, EKSIDEN...
w'pun bukan lagi harta aku, tapi aku sangat SEDIH...
aku menangis sampai bengkak2 mata...
nilar keta pertama aku tu...


sebelum kahwin, cuma aku jer yg ade keta...
husband blm ade keta sbb nk struggle simpan duit nk kawen...
hehehee...kesian kitorang mase tu...
masing2 gerak khas simpan duit...
pastu habis majlis umah aku, tetibe terpikir...
aku dok Shah Alam, husband kat Kluang Johor...
kalau aku balik Kluang, camne ktorang nak gerak...
ditakdirkan, abang aku nk jual Kancil dia...
so, aku plak sambung bayar kancil kakak ipar aku ni...
nama pun kancil, kenalah dok kat hutan...
so nilar keta rasmi di estet, sangat tahan lasak...
kancil ni sgt baik sbb x pernah bagi problem kt ktorg...
WLR 4227, 4WD mini kami...


beberapa bulan je kitorang bertahan dengan satu keta je...
pastu setiap kali balik Kluang dari JB,
mata aku ni melilau usha2 UNSER...
aku minat sgt UNSER ni...
nampak elegan, kemas dan LASAK...
sampailah satu hari, aku terpandang UNSER ni kat satu showroom kat Kluang.
terus aku ajak husband pegi tengok...
test drive, dan semakin DEKAT DI HATI...
so, pada ulangtahun kedua aku keje,
UNSER ni jadi milik kami...
JGX 5735, no plat 'J' idaman aku sejak dulu...