Wednesday 8 July 2009

Guru Pertama...

"Selamat Hari Guru..."

Ucapan yang pernah aku terima suatu ketika tahun 2005...

Masih terkenang...cuti akhir semester seperti biasa aku hanya duduk di rumah...Tetiba teringat yang mak pernah berkata bahawa beliau teringin melihat salah seorang anaknye menjadi seorang guru...andai boleh kuputar waktu, akanku pilih bidang perguruan menjadi pilihanku...tetapi perkara paling jauh dengan manusia adalah masa lampau, takkan mungkin aku kembalikan semuanya...

Walaupun aku anak yang paling kuat melawan, rasanya akulah yang paling setia...mungkin...hihi...seboleh mungkin aku cuba memenuhi hasrat mak dan abah...terus aku bersiap-siap, memandu kereta menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Banting...berbekalkan sijil SPM, diploma dan beberapa transkrip keputusan peperiksaan degree, aku nekad...setelah berjumpa dengan pengetua, aku diterima sebagai Guru Simpanan...selama dua bulan mendatang, aku memegang amanah besar, menggalas nama seorang GURU...

Balik ke rumah, aku sudah tidak sabar-sabar ingin menyampaikan berita tersebut kepada semua...kelihatan mak dan abah tersenyum gembira...adik lelaki aku, abang chik, bersekolah dalam tingkatan dua di sekolah tersebut merasa terkejut dan menganggap itu hanya gurauan...biarkanlah...esok kan tiba...

memulakan hari dan seterusnya melalui episod-episod sebagai seorang guru teramat indah...tiada kedukaan yang perlu aku ceritakan...walaupun terselit duka, namun manis untuk dikenang...

perkara yang paling aku banggakan, aku berjaya mendekati dan mengubah kelas dan kumpulan pelajar lelaki yang paling tidak digemari oleh semua guru sekolah...tanpa menggunakan kekerasan, hanya sedikit mainan psikologi...

16 MEI 2005...hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik...pagi itu seperti biasa aku memandu ke sekolah...kelihatan dari jauh pelajar lelaki yang boleh kukira sebagai paling nakal di sekolah.kutumpangkan dia ke sekolah...kelihatan dia agak gugup...tidak semena-mena dia mengucapkan "Selamat Hari Guru..."aku berterima kasih dalam rasa terharu...ucapan Selamat Hari Guru yang pertama buat aku..."

"cikgu nak tau, cikgulah orang pertama yang saya pernah ucapkan Selamat Hari Guru...". aku terkejut, terasa airmata bergenang di kelopak mata."cikgu orang pertama?macam tak percaya jer...kenapa awak dah tingkatan 5 tapi ini yang pertama...?"dia meneruskan kata-katanya..."selama ini tidak pernah ada cikgu yang pernah cuba mendekati saya. semua orang hanya nampak saya dan kawan-kawan jahat. tetapi mereka tak pernah bertanya apa masalah saya, apa kemahuan saya...".airmata mula menitik di pipiku..."tapi cikgu lain, walaupun cikgu tak lama di sekolah ni, tapi cikgu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya...saya minta maaf andai cikgu pernah terguris hati dengan saya..."

"Ya Allah...besarnye hadiah Hari Guru yang Kau berikan ini...tidak terjangkau di fikiran aku akan dihargai sebegini rupa...niat asalku hanya sekecil impian, ingin menggembirakan ibuku, tetapi ganjaran yang aku terima ini belum tentu dapat dirasai oleh sesiapa..."hati kecilku berbicara sendiri...

pada suatu petang, aku dan suami membawa anak-anak saudaraku berjalan-jalan ke Pantai Kelanang...sedang menikmati suasana pantai, aku terpandang sekumpulan pelajar kolej kemahiran sedang membuat program tidak jauh dari kami...kemudian aku terlihat pelajar lelaki yang dulu aku terima ucapan pertamanya...walaupun dia tidak menyedari kehadiran aku, tetapi aku bersyukur...walaupun hanya memasuki kolej kemahiran, tetapi dia melanjutkan pengajiannya sepertimana aku pernah menasihatkan dia supaya menjadi contoh pada adik-adiknya yang masing-masing sakit jantung...menggembirakan hati ibunya yang mengalami masalah pendengaran...kerana dialah anak lelaki yang akan menjadi tonggak keluarga setelah ayahnya meninggalkan mereka semua...

Sehingga saat ini, setiapkali aku terkenang, setiap kali aku menceritakan pada orang lain, dan setiap kali itu jugalah airmata aku akan jatuh bercucuran...perasaan yang terlalu hiba dan terharu...yang sukar dikisahkan dan dimengertikan...


penghargaan paling besar kerana akulah GURU PERTAMA itu...

No comments:

Post a Comment