Thursday 16 July 2009

apakah hikmahnya...

keputusan nekad aku untuk berhenti kerja mulai 16 ogos 2009...
namun demikian, aku fikirkan masih banyak yang perlu aku selesaikan sebelum aku tamat...
jadi aku merancang untuk memohon penangguhan...
sebulan penangguhan, ke tarikh 16 September 2009...

setelah berbincang dengan penolong pendaftar, aku membuat surat penangguhan...
khabar tersebut telah sampai ke Unit Pengurusan Guna Tenaga, Shah Alam...
tetapi surat permohonan aku tidak diterima oleh big boss.
beliau seboleh-bolehnya tidak mahu aku berhenti...
dan kemudian mengenepikan surat aku sepi begitu sahaja...

sampailah ke hari ini, Kak Sal UPGT menelefon aku untuk pengesahan.
aku keliru keputusan yang perlu dibuat.
setelah sms aku kepada big boss untuk pengesahan beliau tidak berbalas,
maka aku pun membuat keputusan nekad sekali lagi untuk berhenti pada tarikh asal...

elok sahaja emel pengesahan aku taip,
tiba-tiba big boss muncul sambil membawa surat penangguhan aku.
beliau terus menyain surat tersebut.
'DISOKONG'.
dan aku menjadi bingung kerana keputusan nekad tadi telah dimaklumkan kepada suami.

apakah hikmah semua kesulitan ini???
Ya Allah...
berikanlah aku petunjuk...
aku mohon kekuatan dariMu ya Allah...
aku mohon keberkatanMu dalam setiap keputusanku Ya Allah...

walau apa pun...
akan kumulakan dengan Basmallah...
dan kuakhiri dengan Alhamdulillah...

Amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment